Budak berak dalam kedai, staf pula jadi mangsa… ibu bapa selamba keluar

Oleh MALAYSIADATELINE

Sebuah perkongsian dimuat naik di Threafs mencuri perhatian ramai selepas video kurang menyenangkan melibatkan seorang kanak-kanak yang membuang air besar dan kecil di dalam premis mereka.

Menurut perkongsian tersebut, pihak premis terkilan dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang didakwa terus meninggalkan kedai tanpa memaklumkan kejadian itu kepada pekerja.

“Hari yang tak luck. Seorang kanak-kanak telah membuang air besar dan kecil di dalam premis.

“Kepada ibu bapa tersebut, terima kasih sangatlah kerana tidak bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku,” tulis perkongsian akaun pengguna, darksideretail.

Lebih mengecewakan, pihak premis mendakwa mereka hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh pelanggan lain yang berada di situ.

Malah, pekerja premis juga terpaksa membersihkan najis berkenaan sendiri selepas ibu bapa kanak-kanak itu dikatakan keluar begitu sahaja tanpa meminta maaf.

Dalam satu komen susulan yang turut dimuat naik, pihak premis mendakwa ibu bapa tersebut sempat berjalan-jalan di dalam kedai sebelum keluar tanpa sebarang penjelasan.

“Even staf ada berdekatan pun satu perkataan maaf pun tak ada,” dakwanya lagi.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib pekerja premis berkenaan.

Seorang pengguna media sosial mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama di sebuah kedai serbaneka.

“Pernah jumpa. Saya cakap depan bapak budak tu, dia jeling lepas tu keluar macam tu je tak tolong minta maaf. Anak dia kencing dekat 7-Eleven lepas tu dia terus blah,” tulisnya.

Selain itu, ada juga netizen yang bersimpati dengan keadaan kanak-kanak tersebut dan beranggapan kemungkinan dia mengalami masalah kesihatan.

“Kenapa macam tahi kambing, stress aku.

“Umur berapa ni.. nampak macam dah 10 atau 11 tahun.. Kalau umur tu tak normal lah dia berak camtu je.. tak ada rasa malu langsung walaupun dah tak tahan sangat.

“Kesian. Budak tu obviously tak cukup fiber dan air,” antara komen pengguna lain.

Baca juga: Penduduk Rohingya dakwa pemilik tanah tawar sewa flat, beri elektrik dan air percuma