Sudah dua tahun tidak bayar duit sewa rumah, seorang lelaki menerima kecaman hebat selepas meluahkan hasrat mahu menjual rumah yand didiami secara percuma.
Sebagai penyewa anda perlu sedar kediaman tersebut bukanlah milik anda sehingga mahu menjalankan proses jual-beli.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, penyewa tersebut membuat keputusan untuk menjual selepas pemilik asal menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.
Menurut penyewa tersebut, dia sudah tinggal secara bercuma di rumah berkenaan sejak 2021 lagi ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.
“Selamat pagi Ahad. Saya ada menyewa rumah di Rawang. Macam mana prosedur nak jual rumah ini ya ?
“Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ini sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.
“Owner (pemilik) pun lama tak datang bertahun. Rumah banyak rosak sana sini,” tulisnya di media sosial.
Tambah penyewa itu, rumah tersebut dimiliki oleh lelaki bujang dan kali terakhir ia membayar sewa pada tahun 2021 selepas pemilik menghilangkan diri.
“Jadi duduk free (percuma) sampai sekarang. Itu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang lain sebab pemilik tak ada atau hilang,” ujarnya.

Warganet meluahkan rasa marah kepada penyewa tersebut yang tidak reti bersyukur sedangkan sudah duduk secara percuma.
“Orang punya memandai nak jual dah la duk free (percuma), senangnya hidup.
“Rezeki dah duduk free (percuma) bertahun lamanya, dengan tak bersalah nak jual pula, tak takut dosa ke?,” antara komen warganet.
Jika pemilik sukar dihubungi maka penyewa tidak perlu mengambil kesempatan dengan duduk secara percuma, lebih elok jika dia mencari rumah lain.
Baca juga: Minta pelayan potongkan sandwic, pelancong terkejut restoran caj RM10