Pengerusi PN Melaka dijangka tewas di Telok Mas

Oleh ARIF ATAN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dilihat berkemungkinan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Setakat jam 9 malam ini, dengan 68 peratus undian sudah dikira, Rafiq dari Bersatu jauh ditinggalkan berbanding calon Umno-BN, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dengan 5,758 undi.

Sementara itu, calon PH dari AMANAH, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat mendapat 3,763 undi berbanding Rafiq dengan 3,736 undi setakat ini.

N23: TELOK MAS: MELAKA: 20,712

1. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Bersatu)
2. Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas)
3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH-AMANAH)
4. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-Umno)
(2018: Datuk Noor Effandi Ahmad: PH-Bersatu: Maj: 1,288)
(2021: Menjadi Bebas)