Bahagian II | Isu Wang RM42 juta dalam akaun Najib

Oleh KIM SYAZIE

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) melalui panel pelaburan telah meluluskan dan telah juga ‘disbursed’ pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) berjumlah RM4 bilion.

RM2 bilion depa lulus pada tahun 2011 dan baki RM2 bilion pula depa pi lulus pada tahun 2012.

Dari RM4 bilion itu, RM 42juta ‘mendarat’ pada akaun peribadi Najib Razak selepas wang itu transit dua kali. Pertama di akaun Gandingan Menteri Sdn Bhd (GMSB) dan kedua di akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB).

Semasa pendengaran rayuan, hakim ada tanya peguam Najib kat mana baki dari wang RM4 bilion (setelah tolak RM42 juta yang ‘mendarat’ di akaun Najib), peguam Najib habaq dia tak tahu.

Apapun, SRC tak dapat bayar hutang pinjaman RM4 bilion itu. Jadi apa berlaku? SRC dapat pinjaman lagi beberapa kali dari kerajaan. Esok insyaAllah saya cerita ya jika ada mood.

SRC ada buka akaun bank iaitu akaun semasa di Amislamic bank. No akaunnya: 2112022010650.

Untuk nak pi keluarkan (issue) cek, SRC benarkan dua orang pengarah depa pi tanda tangan cek (signatories) bagi pihak SRC iaitu Nik Faisal dan Datuk Subuh Yaasin (saksi pendakwa yang ke-42).

Dalam tahun 2014, SRC ada bagi arahan kepada Amislamic bank tu untuk pindahkan @ ‘transfer’ RM40 juta kat akaun semasa GMSB No:888100380694 juga di bank yang sama.

Selepas itu (pada hari yang sama) GMSB pula bagi arahan pada bank depa (Amislamic bank) untuk pindahkan pula wang RM40 juta itu pada akaun semasa (current account) IPSB di Affin Bank. No akaunnya: 106810001108.

Esok insyaAllah kita sambung lagi ya.