Menggemparkan apabila sebuah ‘balai polis palsu’ boleh wujud selama lapan bulan dengan kedudukannya hanya 500 meter dari balai polis sebenar.
Insiden yang berlaku di bandar Bika, Bihar terletak di timur laut India itu dilakukan sekumpulan individu disyaki gengster dengan memakai pakaian seragam tiruan.
Lapor Agensi, enam gengster memakai pakaian seragam tiruan di pejabat polis yang beroperasi di luar sebuah hotel.
Sepanjang tempoh lapan bulan itu, mereka melakukan peras ugut dan merasuah penduduk tempatan.
Penduduk diberitahu boleh membuat laporan kepada ‘anggota polis’ berhubung isu jenayah, permohonan perumahan sosial dan memohon pekerjaan dalam perkhidmatan polis.
Mereka perlu membayar antara RM5 hingga RM52 bagi setiap permohonan yang dibuat, sedangkan semua kertas kerja yang dihantar penduduk dibuang di pejabat polis palsu itu.