Penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman, meninggal dunia hari ini.
Beliau meninggal pada usia 58 tahun.
Pada hujung Jun lalu, Bob berkata tahap penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja lagi.
Beliau juga hanya berserah kepada Allah yang menentukan takdirnya.
