Hanya cuci longkang untuk dapatkan wang belanja, ibu terpaksa guna air rebusan nasi untuk bayi

Oleh KIM SYAZIE

Tidak semua manusia diberikan nikmat untuk hidup senang lenang dan diberikan wang, ada yang terpaksa berhempas pulas demi sekeping duit.

Seorang wanita meluah perasaan di dalam group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, namun hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima pelbagai kritikan.

Dia bersyukur menerima upah RM10 selepas mencuci longkang jiran, duit tersebut digunakan untuk membeli sardin dan beras buat anaknya.

“Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye,” luahnya.

“Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti lepas kerja esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

“Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurut MStar, wanita tersebut menegaskan hantaran tersebut bukanlah untuk meraih simpati ramai tapi sekadar berkongsi dan menegaskan bahawa dia bukanlah ‘scammer’.

Kadangkala seseorang ini hanyalah meluahkan perasaan bimbang jika disimpan merana diri, janganlah cepat kita menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Baca juga: Sengaja gunting baju sebab nak boikot Sweden, sekali Caprice disekolahkan netizen