Gelagat seekor kucing yang menjadi ‘saksi pernikahan’ pasangan pengantin Indonesia tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video yang dimuat turun oleh nt_photography itu, kucing tersebut dilihat duduk di tengah pengantin tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Kedua mempelai tersebut juga hanya membiarkan haiwan peliharaan kesayangan mereka duduk di situ tanpa sebarang usaha untuk mengalihkannya.
Setelah selesai akad, pengantin tersebut dilihat memegang buku nikah dan ‘posing’ ke arah kamera bersama kucing oren di tengah dengan mimik muka ‘slumber’.
Popular dengan gelaran kucing oyen, kucing warna ini sering dikaitkan dengan kenakalan dan tingkah laku aneh namun menghiburkan.
Maka tidak hairanlah apabila video yang dikongsi oleh akaun negara seberang itu turut menarik perhatian pengguna TikTok tanah air kita.
Video yang berjaya memikat hati peminat kucing di Indonesia dan Malaysia itu telah mendapat lebih 200 ribu tanda suka.
Rata-rata pengguna sangat terhibur dengan video tersebut dan mengakui keanehan tingkah laku kucing oyen di serata dunia.
“Kucing oren dekat seluruh dunia memang nakal eh?,” komen pengguna bernama Eda.
“Semestinya oyen.” Kongsi pengguna lain.
Peminat kucing itu juga meninggalkan komen yang mencuit hati dengan menggelarkan binatang bulus itu sebagai orang ketiga dalam hubungan.
“Tunggu aa nanti. Oyen akan rampas suami dia. Hahahaha.” Tambah pengguna.
Baca juga: Anti Gadis Pencinta Bunga, Lelaki Lebih Rela Beli Nasi Berlauk