Kasih Iris Leona yang juga pempengaruh media sosial nampaknya berterusan terpalit dengan kontroversi gara-gara pakaiannya yang seksi dan agak mencolok mata.
Leona juga menerusi laman Twitter miliknya, meluahkan rasa sakit hati apabila dia sering menjadi sasaran serangan netizen, sehingga pakaiannya pun dijadikan isu.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya,” tulisnya di Twitter.
Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya itu, Azhar Sulaiman tampil memuat naik status di Facebook meluahkan rasa bimbang.
Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.”
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Baca juga: Sibuk sembang lucah dengan suami orang, siap soal kenapa isteri tak mengandung masa seminggu nikah