Pelakon muncul selepas lama menyepi, sekali kantoi tak bayar lagi ‘goodies’ kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Selalunya artis terkenal tidak kira pelakon mahupun penyanyi banyak menerima tajaan untuk perkahwinan mereka namun tak semua bernasib baik.

Seorang pengguna media sosial tampil membuat pendedahan mengenai seorang pelakon dan penyanyi yang berkahwin pada tahun 2006.

Dia menjelaskan sudah banyak kali menghubungi pelakon tersebut untuk meminta wang untuk ‘goodies’ semasa majlis perkahwinan mereka.

“Baguslah boleh baca hati, tolong baca hati saya boleh tak? Eh tak apa. saya luahkan terus. Hutang goodues kahwin bila nak bayar.

“Malas nak kejar, pergi rumah asyik mengelak. Telefon juga tak angkat, saya dah macam pengemis. Tiap kali nak post, hati membuak-buak.

“Tak bole nak positif dah. Kalau dia baca, saya remind SACC goodies masa nikah,” ujarnya di ruangan komen.

Ketika disoal mengapa tidak minta pada suami pelakon tersebut atau hantar surat peguam, pemilik komen tersebut memaklumkan dia tidak mampu.

“Nak ambil memang tak seberapa bagi dia, tapi kita ini rakyat marhain yang berhempas pulas buat kerja sambilan jadi memang terasa. Tahun 2006,” ujarnya.

Baca juga: Blog selamba buat fitnah artis meninggal untuk naik ‘view’, Adam Corrie pula jadi mangsa