“Orang cakap muka anak sama dengan rakan sepejabat isteri. Aku tak sangka rupanya..”

Oleh KIM SYAZIE

Pengorbanan seorang suami selama bertahun-tahun menjadi sia-sia selepas anak gadisnya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Gadis itu memaklumkan bahawa dia bukan anak kandungnya berikutan mereka mempunyai golongan darah yang berbeza.

Ujian paterniti juga menunjukkan bahawa kesemua anaknya berkongsi ibu sama kecuali gadis itu yang bukan datang dari benihnya.

Merasa diri dikhianati, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak terkejut dengan kejadian yang terbongkar setelah anaknya mahu menderma darah itu.

Rupa-rupanya pada sedekad lalu, kecurangan isterinya pernah terbongkar setelah dia terjumpa dan membaca diari  wanita yang bernama Hamizan itu.

“Hampir pitam saya bila membeIek diari itu. Rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman sekerjanya yang  berpangkat tertinggi dan rendah.

“Waktu itu walaupun saya marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat,” luahnya.

Memikirkan masa depan dan perasaan anak-anak yang masih bersekolah, dia membuat keputusan untuk tidak menceraikan isterinya.

Tetap tidak berubah dan sering pulang lewat ke rumah, lelaki itu tidak menyangka isterinya menjalinkan hubungan sehingga hamil.

Sebelum ini, rakan sekerja isterinya pernah menegur bahawa anak mereka berkongsi wajah yang serupa dengan seseorang yang berpangkat tinggi di syarikat itu.

Menepis khabar tersebut, Hamizan merupakan anak orang ulama dan tidak pernah tinggal amalan wajib dan juga sunat.

Masih tinggal sebumbung, lelaki dan anak-anaknya masih belum terbuka hati untuk memaafkan isteri serta ibu mereka.

Baca juga: Baru tingkatan 5 dah dapat ‘offer’ gaji RM14,000, tak sangka kerja ini dia buat sebenarnya