Guru ramai-ramai pakat mogok sebab perangai buruk pengetua

Oleh KIM SYAZIE

Pernah berlaku satu kes pada tahun 1960, dimana guru-guru pelatih mogok dek kerana pengurusan yang lemah oleh pengetua.

Kejadian berlaku di Malay Women’s Training College (MWTC) dan kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM)).

Menurut perkongsian @thepatriotasia institut ini ditubuhkan khas buat para wanita untuk menjadi pendidik buat anak bangsa, malah bangunan asalnya adalah Hospital Melaka yang lama.

Pada 1960, 300 guru pelatih dikatakan mogok dan tidak mengikut kuliah dek kerana pengetua MWTC, P. M. Clements tidak menguruskan institut dengan betul.

Menurut akhbar The Straits Time, jurucakap persatuan kolej memaklumkan mengenai guru yang tekad mogok hingga pengetua MWTC keluar.

“Kami buat keputusan yang Clements kena pergi. Kami tidak akan mengalah dan terus mogok sehingga dia keluar daripada kolej ini.

“Clements tak adil dan bersikap buruk terhadap pelajar.

“Semalam, persatuan kami telah berjumpa dan berhajat untuk mengambil tindakan segera dengan tidak menghadiri kelas,” ujar jurucakap persatuan kolej.

Isu ini heboh hingga meraih perhatian dua orang wakil Menteri Pendidikan, K. Arianayagam dan Inche Hamdan Sheikh Tahir untuk turun padang.

Terdapat beberapa aduan yang diketengahkan, antaranya:

  1. Tidak berjumpa dengan para pelajar semasa perhimpunan.
  2. Gagal menghadiri mesyuarat tahunan persatuan pada 26 oktober tahun lepas.
  3. Tidak memperkenalkan diri dan stafnya kepada para pelajar yang baru masuk kolej pada 11 April.
  4. Susunan jadual yang terlampau ketat. Dua subjek diletakkan dalam satu masa, manakala subjek-subjek teras waktunya dipendekkan.
  5. Enam pensyarah dan tujuh pelajar yang bukan Melayu dipaksa menggunakan bahasa Melayu.
  6. Pelajar dipaksa membeli buku teks dalam bahasa Inggeris yang berharga $100.
  7. Kemiskinan turut menjadi punca utama dalam isu ini. Boleh dikatakan majoriti pelajar-pelajar di situ berasal daripada keluarga miskin. Beli buku berharga $100 sangatlah mahal.

Hal ini menyebabkan elaun pelajar ditolak 45$ sebulan untuk membayar buku tersebut. Ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pelajar-pelajar di situ.

Pengetua Clements tidak berkata apa-apa mengenai isu buku kerana ia adalah perintah am kerajaan.

Baca juga: Di saat orang lain ambil keputusan SPM, aku di sini bekerja sebagai ‘cleaner’ sekolah, padahal sama umur…