Mop lantai dengan air kencing, pembantu rumah kantoi buat kerja hina

Oleh KIM SYAZIE

Pembantu rumah ditawarkan kerja bagi membantu meringankan beban majikan di rumah namun masih ada segelintir golongan ini yang mebuat kerja sambil lewa.

Tular di media sosial mengenai rakaman dari kamera litar tertutp (CCTV), seorang pembantu rumah mengemop lantai menggunakan air kencing.

Jika tiada CCTV maka kegiatan hina pembantu rumah itu tidak akan terakam dan majikan takan terus membiarkan perbuatannya itu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Persatuan Rumah Ajnara di Greater Noid, dan membabitkan pembantu rumah bernama Sabeena Khatun.

Sebaik mengetahui tentang rakaman tersebut, pemilik rumah itu segera membuat aduan di balai polis Bisrakh. Susulan kejadian itu, pihak polis segera bertindak menahan Sabeena.

Disebabkan insiden tersebut, ramai memilih untuk memasang CCTV di rumah kerana bimbang hal sama berlaku.

Baca juga: Makan durian baik buat ibu mengandung? Ini 5 fakta yang anda tak tahu, nombor 2 paling tak sangka