Menyita perhatian, orang ramai dikejutkan dengan satu notifikasi Facebook dari sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan mi ramen.
Memperkenalkan menu baharu, rata-rata pengikut terperanjat apabila melihat gambar serta keterangan yang dimuat naik oleh restoran itu.
Tidak hanya dijual dengan harga kayangan, mi ramen tersebut turut dihidangkan dengan kaki reptilia berbahaya iaitu buaya.
Langsung tidak menyelerakan, kuku cakar buaya yang mengerikan itu juga tidak dibuang terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Dengan harga RM225, pelanggan hanya dapat menikmati ramen itu di kedai sahaja dan tidak boleh dibeli untuk dibawa pulang.
Sangat eksklusif, mi ramen daging buaya itu juga tidak akan dijual kepada pelanggan yang memesannya secara ‘walk in’.
Perlu membuat tempahan terlebih dahulu, pesanan mereka hanya akan berjaya setelah menerima mesej pengesahan daripada restoran.
Restoran juga memberi amaran akan mengenakan cas tambahan RM 15 kepada pelanggan yang hanya memesan ramen itu untuk mengambil gambar.
Tular di media sosial, menu baharu yang berjaya menarik perhatian ramai itu diberi nama ‘Ramen Buaya Godzilla’, lapor China Press.
Menyiapkan wang sebanyak $1,500TWD (RM225), orang ramai yang ingin menikmati mi itu bolehlah berkunjung ke restoran yang terletak di Yunlin, Taiwan.
Baca juga: Masa niaga nasi lemak dulu, mak sanggup terhadkan jualan sebab kesian peniaga lain tak laku…