Tidak dinafikan harga barang agak tinggi namun bergantung kepada jenama, ada sahaja yang lebih murah.
Seorang pengguna meluahkan mengenai barang dapur, keperluan harian mencecah RM500 namun dari gambar yang diambil maka ramai tidak terkejut.
“FL (nama pengguna) berkata, belian dia ini sahaja sudah cecah RM500.++.
“Beras 10 kilogram (kg) dan Milo 2 kg dah cecah RM50, hidup ini keras,” gambar dimuat naik semula di akaun Twitter @jnmalaysia.
Jelas terlihat makanan atau jenama barangan yang digunakan sememangnya lebih mahal kerana kualitinya.
Warganet menasihati pengguna tersebut berbelanja mengikut kemampuan serta bezakan kemahuan dan keperluan.
“Hidup memang keras tapi berbelanja pun kena pakai otak bukan guna kepala lutut. Kena beza mana keperluan mana kemahuan.
“Hahhha tengok jenama pun dah tahu ni T20 punya barang. Punya banyak lagi yang murah, kau nak juga pilih harga T20.
“Bersederhana dalam berbelanja. Tidak perlu mahal atau mewah. Berbelanja ikut kemampuan diri sendiri. Utamakan keperluan daripada kehendak,” antara komen netizen.
Baca juga: ‘Mee Godzilla’, restoran ini jual mi daging buaya berharga RM225 semangkuk