Siap belari-lari anak, wanita kagum dengan keramahan Permaisuri Agong di Mekah

Oleh KIM SYAZIE

Mesra rakyat, keramahan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang tidak dapat disangkal lagi.

Tanpa mengira pangkat, bangsa dan juga agama, baginda sentiasa bersedia melayani rakyat dan melemparkan senyuman manisnya.

Tidak hanya di Malaysia, sifat murni Permaisuri Baginda itu juga dapat dirasai oleh rakyat yang terserempak dengan baginda di Tanah Suci Mekah.

Walaupun dikawal ketat oleh anggota keselamatan Arab Saudi, baginda tetap sudi meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat.

Menerusi video yang beredar, baginda terlihat berlari-lari anak semata-mata mahu melayan kehendak rakyat untuk berswafoto bersama.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pengguna media sosial sebelum memuat naik video tersebut di laman TikTok.

@naimeyjalil

Rezeki di Pagi Raya Qurban. Cute tngok Raja Permaisuri berlari bila kak emi ajak selfie ! U make us proud & feel bless 🥹#CaryaZara #fyp #rajaPermaisuriAgong

♬ original sound – naimeyjalil – naimeyjalil

Menganggapnya sebagai rezeki di pagi raya, perakam video tersebut meluahkan rasa terharunya dengan keramahan baginda.

Dikenali sebagai Naimey Jalil, wanita itu turut meluahkan rasa bangga kerana dikurniakan Permaisuri Agong yang berjiwa rakyat.

“Rezeki berjumpa di Masjidil Haram di pagi raya. Comel tengok Raja Permaisuri Agong berlari-lari apabila rakyat ajak selfie.

“Sampai polis Arab dekat belakang pun berlari sekali. Bangga mempunyai Permaisuri Agong seperti baginda,” tulis kapsyen video yang tular itu.

Baca juga: Di Mekah pun nak menipu, jemaah dedah taktik terbaru scammer ‘bedal haji’