Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah tidak dapat menahan sebak dalam satu siaran langsung menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.
Ketika kejadian, mata Ismahalil dilihat berkaca ketika sedang menikmati hidangan burger daripada restoran makanan segera itu.
Difahamkan, itu adalah kali pertama Ismahalil dapat merasa kembali makanan segera tersebut semenjak dia dipenjara dua tahun lalu.
Menerusi sesi perkongsian bersama peminat itu juga, Ismahalil sempat terlupa nama hidangan yang dinikmatinya sebelum diberitahu oleh sahabatnya.
“Sudah dua tahun tak makan benda-benda macam ini,” kata lelaki yang berusia 50 itu sambil menyapa peminat yang menonton.
Mengumumkan bahawa dirinya bakal berehat seketika, Ismahalil akan terus berkomunikasi bersama peminat melalui akaun Facebooknya itu.
Ismahalil memaklumkan bahawa tindakan itu diambil bagi menghormati keadaan ibunya berada dalam keadaan tidak stabil.
“Abang Isma mahu berehat dahulu sebab nak pulang ke kampung. Menghormati mak abang Isma yang tak sihat.” Jelasnya.
Pada 17 Julai lalu, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Ismahalil Hamzah daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram.
Penyampai radio Bapakku FM itu dituduh telah mengedar dadah di rumah sewanya di Jalan Semarak, dua tahun lalu.
Keputusan pembebasan itu dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Isma yang berada dalam kandang tertuduh melaungkan ‘Allahuakbar’ sambil menangis dan melakukan sujud syukur selepas keputusan dibacakan.
Baca juga: Pukulan ‘smash’ lebih pantas daripada jentera F1, Pearly Tan cipta rekod dunia – “Kalah Chong Wei!”