Angkara mahu menutup malu kerana telah melahirkan bayi hasil hubungan luar nikah, seorang wanita bergelar penyanyi sanggup membuang anaknya sendiri.
Baru mencecah usia awal 20-an, penyanyi muda tersebut telah bertindak kejam dengan menyumbat bayi yang masih bernyawa ke dalam sebuah beg bagasi.
Kemudian, beg bagasi tersebut dibiarkan tertutup selama dua hari di dalam bilik tidur penyanyi berkenaan sehingga tiada lagi suara yang keluar daripada jasad bayi itu.
Setelah memastikan bahawa bayinya sudah meninggal dunia, wanita itu memutuskan untuk menghumban beg tersebut di dalam sebuah kebun pada awal Mei lalu.
Menyayat hati, jasad bayi malang itu kemudian ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 3 petang, keesokan harinya sebelum satu laporan polis dibuat.
Bertindak atas laporan, pihak polis yang telah menjalankan satu siasatan terperinci akhirnya berjaya mengenal pasti dan menangkap suspek pada 8 Jun lalu.
Memetik laporan Tribun News, suspek yang tidak berperikemanusiaan itu merupakan seorang penyanyi dangdut yang berasal dari daerah Pacitan, Jawa Timur, Indonesia.
Ketua Polis Daerah Pacitan, AKBP Wildan Alberd memaklumkan bahawa penyanyi dangdut yang berusia 23 tahun itu melahirkan anak di dalam tandas bersendirian.
Oleh kerana kes tersebut masih berada di dalam siasatan, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa ada suspek lain yang terlibat di dalam insiden mengerikan itu.
“Pelaku mengaku nekad membuang bayi tersebut karena merasa sangat malu atas hasil hubungan gelapnya dengan beberapa orang lelaki berhidung belang.
“Polis juga masih melakukan siasatan lanjut terhadap sebarang kemungkinan bahawa adanya tersangka (suspek) yang lain.” Jelas Wildan.
Baca juga: Papan pemotong hitam berdaki pun boleh putih kalau sental guna bahan ini, tak payah nak rendam sabun