Kerja sejak umur 14 tahun, jutawan wanita tayang mas kahwin usaha sendiri, nilai hampir cecah RM20 juta!

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak mahu menunjuk hasil usaha keras mereka yang sudah bermula sejak remaja lagi.

Buat wanita di China ini, hasil usahanya bekerja sejak umur 14 tahun di kilang akhirnya membuahkan hasil.

Menurut South China Morning Post (SCMP), wanita yang dikenali sebagai Lizi itu berjaya membuka salon kecantikan dan kini memiliki beberapa cawangan di China.

Lebih mengejutkan semua mas kahwin tersebut sebenarnya adalah aset pengantin perempuan yang diperoleh melalui perniagaan diusahakannya.

Majlis perkahwinan tersebut dilaporkan telah diadakan di daerah Luyi, wilayah Henan pada 5 Februari lalu.

Pengantin perempuan dilihat memakai pakaian tradisional Cina dan sebuah mahkota emas.

Gambar tersebut turut memperlihat empat pengiringnya memegang papan tanda yang menunjukkan senarai mas kahwin pasangan itu.

Mas kahwin tersebut termasuk wang berjumlah 9.99 juta yuan (RM6.6 juta), sebuah rumah di Shenzhen, sebuah vila percutian dan sebuah kereta Ferrari.

Nilai anggaran keseluruhan mas kahwin itu berjumlah lebih 30 juta yuan (RM19.9 juta).

“Saya fikir ia adalah perkahwinan paling mewah di daerah kami,” kata seorang tetamu wanita yang merakam acara itu.

Baca juga: Bekas tukang cuci dapat durian runtuh, bergelar jutawan segera di usia 61 tahun