Dah macam pindah rumah! Wanita terima motosikal, set bilik tidur untuk hantaran

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap individu yang bercinta pastinya ada kemahuan untuk menghalalkan satu perhubungan itu.

Tidak hanya itu, ramai orang sanggup bekerja keras demi memberikan yang terbaik buat pasangan.

Dalam ekonomi sekarang, tak terkejutlah jika kedua-dua pasangan bersungguh-sungguh untuk kumpul duit bagi menghalalkan hubungan.

Namun buat bakal pengantin lelaki ini, dia memberikan dua kali ganda usaha dengan memberikan pelbagai barang hantaran yang serba mewah.

Menurut portal Banjarmasin Post, bakal pengantin wanita di Kuningan, wilayah Jawa Barat, mendapat hantaran berupa perabot seperti almari di samping sebuah motosikal.

Lebih mengagumkan hantaran itu dibawa menggunakan trak yang diikuti kenderaan rombongan pengantin lelaki sepanjang hampir satu kilometer.

Tidak hanya itu, rombongan meminang tersebut juga membawa tilam dan meja hias serta barangan keperluan wanita seperti pakaian, beg tangan dan kosmetik.

Video tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok @permaisuri_wo.

@permaisuri_wo

Seserahannyaaa full effortt 🥺🥺🥺 itu baru seserahannnyaaa belum maharnyaaa 🌺🌺 tag pasangan kamuuuuu #weddingorganizer #kuninganjawabarat #inspowedding #nikahan #rame

♬ suara asli – C’R – CECI

Rata-rata netizen kagum melihat usaha yang dikeluarkan pihak lelaki namun ada juga bimbang sekiranya barangan tersebut perlu dibayar secara ansuran.

“Kalau macam ini, duit tu datang daripada orang tua bakal pengantin lelaki atau memang duit dia kumpul sendiri.

“Menabung sejak bayi ke ni atau memang anak orang kaya. Selalu tertanya bila lihat gaya orang yang suka bagi hantaran hadiah mewah.

“Harap-harap bayar tunailah semua barang tu, jangan sampai lepas nikah kena bayar ansuran bersama,” antara komen netizen.

Baca juga: Tak tahan diboikot, KFC di Algeria buka semula operasi tanpa logo Kolonel Sanders