“Suami aku siap bagi RM3k sebulan kat skandal dia, lepas kantoi terus junjung al-Quran, konon insaf…”

Oleh MAISARAH AISYA

Wanita ini kalau dia sudi berpoligami sekalipun mesti dia mahu tahu latar belakang madunya bukan main terima dek kerana suami bernafsu.

Tapi itulah kalau sekali curang, nak berubah itu agak sukar, kebanyakan akan kembali kepada tabiat lama.

Seorang wanita mendedahkan seorang perempuan boleh dikatakan muda lebih 30 tahun dengan suaminya tidak habis mengikis harta.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya sudah kahwin selama 11 tahun. Suami saya agak berumur. Tapi kami bahagia sehinggalah saya diuji bila saya dpt tangkap suami saya bercinta dgn seorang janda anak dua.

Janda tu muda daripada saya sembilan tahun. Beza umur dia dengan suami saya ialah 34 tahun. Macam anak dengan bapa. Mereka dah skandal dari tahun 2015.

Suami saya siap bagi duit tiap-tiap bulan kat dia sebanyak RM3,000. Mereka putus sebab suami insaf dan saya maafkan suami.

Tahun 2017 janda tu kena tangkap kes dadah dengan boifren baru dia di rumah pukul 4 pagi. Mereka ni tokan dadah. Mereka tinggal bersama walaupun tak nikah.

Dua tahun juga la dia kena reman dalam penjara. Tahun ni dia baru dibebaskan sebab teman lelaki dia mengaku salah.

Jadi dia terlepas walaupun hakikat sebenarnya dia pun bersubahat. Rupa-rupanya dia terlepas sebab suami saya upah peguam paling mahal untuk selamatkan dia dari tali gantung.

Kos peguam sahaja cecah RM150k. Bila saya dapat tahu suami saya bayar duit peguam, kami bergaduh besar.

Suami saya cakap dia hanya niat nak tolong aje sebab kesian kat anak-anak perempuan tu. Suami saya berjanji dan bersumpah atas al-Quran bahawa dia tak akan contact perempuan tu. Saya pecaya pada janji suami saya tu.

Tapi Allah tu Maha Kaya, DIA tunjukkan pada saya. Suami saya patah balik kat perempuan tu. Paling saya tak sangka diorang boleh merancang untuk berkahwin secara diam-diam.

Kali ni hati saya benar-benar hancur. Saya bergaduh besar lagi dengan suami. Tapi kali ni suami cakap dia tak jadi kahwin. Tapi saya tahu suami saya akan tipu saya lagi.

Saya suruh dia telefon perempuan tu depan saya dan cakap nak putus, dia tak nak buat. Suami cakap dia minta saya bagi dia masa. Konon masa untuk lupakan perempuan tu.

Lagi menyakitkan hati rupanya perempuan tu lepas keluar penjara, paksa suami untuk kahwin dengan dia.

Rupanya perempuan tu cuma nak duit, itu pun sebab saya jumpa kawan baik dia yang bongkar segala benda.

Saya dah check dalam sistem e-syariah, rupa-rupanya perempuan ni pernah mohon poligami kali pertama tahun 2005, masa tu umur dia 16 tahun tak tahu la dengan suami siapa.

Dan kali kedua tahun 2015 dia mohon poligami dgn suami saya. Tapi dibatalkan. Patutlah, dah biasa menyondol rupanya dari muda lg.

Suami disihir

Suami asyik pertahan, biasalah budak bermasalah, periksa tak ambil, pergi kelab malam, hidup sosial. Bila susah cari suami orang yang kaya.

Saya nekad jumpa beberapa orang pakar perubatan islam. Semua cakap suami dah kena ubat guna-guna yang dia bagi dekat semua lelaki.

Tapi suami tak percaya langsung, tak habis simpati dengan perempuan sampai saya dah menyerah.

Saya tak kisah nak berpoligami, tapi kalau inilah calonnya baik bercerai sahaja dengan saya. Suami tak habis nak menangkan perempuan tu.

Akhirnya saya juga dipersalahkan kerana tak faham situasi, tapi dia curang dengan janda tu bukan satu masalah besar pula, lupa halal haram dah manusia zaman sekarang.

Baca juga: Umur pun baru 24 tahun, Sarah Suhairi terkejut didakwa jadi ‘sugar mummy’, “tak logik, mustahil”