Teruja dapat kereta mewah walaupun ‘second hand’, tapi Atikah Suhaime tak ada lesen pula

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak teruja jika dihadiahkan kenderaan oleh pasangan, baik yang baru atau pun kereta terpakai asalkan boleh digunakan untuk berjalan maka tiada masalah.

Begitu juga dengan pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime yang teruja mendapat kereta mewah terpakai (second hand).

Kereta tersebut dikatakan dihadiahkan oleh suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh.

Walaupun hanya kereta terpakai, Atikah tak ambil mudah dan sentiasa memastikan keretanya itu kelihatan bersih.

“Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pergi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.

“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru,” ujarnya di video yang dimuat naik di TikTok.

Namun ada satu masalah, rupanya Atikah tidak ada lesen kereta dan terpaksa membenarkan suaminya menjadi pemandu.

“Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta, nasib baik ada suami boleh tolong pandu kereta,” tambahnya.

Rata-rata netizen gemar dengan cara rendah diri pelakon tersebut yang tidak malu untuk menyatakan yang ia adalah kereta terpakai.

“Syukur Alhamdulillah terus terang je cakap second hand tak ada masalah pun sebab masih kereta T20.

“Lesen saya ada datin tapi kereta second hand datin tu saya tak ada.

“Dia inilah satu-satunya artis yang aku suka cara ‘review’, sangat merendah diri dan sentiasa bersyukur. Harap jodoh berkekalan,” antara komen netizen.

Baca juga: “Benda dah bayar, takkan nak simpan video” – Aliff Syukri tampil pertahan diri jadikan Ruhainies model