“Dia yang pilih untuk poligami tapi dia juga tak adil, bila aku minta dilepaskan, dia merayu untuk tukar fikiran”

Oleh MAISARAH AISYA

Andai kata diri mampu untuk berpoligami, mengapa perlu dirahsiakan perkahwinan yang kedua siap menyalahkan wanita lain konon menggangu rumah tangga.

Sedangkan diri yang memilih untuk berzina dan pada akhirnya terpaksa berkahwin untuk menutupi aib.

Seorang pelajar universiti mengenali suaminya ketika bekerja separuh masa di sebuah kafe di Selangor.

Di bawah adalah kisah dari satu hantaran yang dimuat naik di sebuah forum atas talian.

Saya berusia 20 an. Mak saya dah meninggal lima tahun lalu. Ayah saya pula meninggal masa saya sekolah rendah lagi.

Sekarang hanya menumpang kasih daripada ibu saudara sahaja. Saya dah berkahwin dan usia perkahwinan saya baru mencecah tiga tahun.

Saya menjadi isteri kedua. Berkahwin di seberang. Saya kenal suami saya di cafe tempat saya berkerja empat tahun lalu.

Di awal perkenalan saya, Demi Allah saya tak tahu dia suami orang. Dia memang ada friend di facebook dan instagram saya, tapi tak ada satu pun gambar isteri dan anak dia.

Seandainya saya tahu mungkin saya tak kan berada dia situasi malang sekarang. Dia yang mulakan perkenalan kami.

Dia yang minta nombor telefon saya. Dari berbalas whatsapp dia ajak saya keluar lepas habis waktu kerja. Saya terima pelawaan dia.

Terlanjur hingga mengandung

Dan dari situ la bermula semuanya. Saya terlanjur dengan dia. Terhanyut dengan ayat manis dia. Sampai la saya di sahkan mengandung.

Saya minta dia bertanggungjawab. Ya dia bertanggungjawab. Tapi dia ajak saya berkahwin di seberang sana.

Saya tanya dia kenapa dan baru dia bagitahu dia dah ada isteri dan seorang anak. Masa tu baru saya sedar saya ni seorang perempuan paling bodoh kat dunia ni.

Nak tak nak saya kene juga kahwin demi anak dalam kandungan saya. Saya akur permintaan dia. Sampai saya abaikan wali di kampung.

Selepas siap semua proses kahwin kat sana dan daftar kahwin kat sini baru saya balik kampung jumpa makcik pakcik saya.

Mereka memang kecewa dengan saya tapi nasib saya baik mereka masih terima saya dan isteri tahu mengenai kami.

Isteri dia tak ada serang saya. Kami hanya berkawan di Facebook. Kadang-kadang berbalas komen. Giliran suami saya pula saya minta empat hari kat sana dan tiga hari untuk saya.

Saya tak pernah minta untuk dia adil dengan saya. Apa yang dia bagi kat isteri dia, tak perlu dia bagi kat saya.

Cukup tiga hari dia balik jumpa saya dan bagi nafkah secukupnya saja pada saya, sebab saya sedar, saya cuma yang kedua. Suami ikut kan saja.

Suami saya sewakan saya apartment. Walaupun di belah sana, rumah banglo mewah. Itupun dah cukup bagi saya. Dia cakap senang dia nak jumpa saya nanti.

Tak perlu sewa hotel lagi. Tapi yang indah tu tak kekal lama. Mungkin ini karma untuk saya.

Kandungan saya gugur selepas tiga bulan saya jadi isteri dia. Dia tenang je bila dapat tahu saya keguguran. Tapi saya sebaliknya. Saya jadi kemurungan sekejap.

Selepas saya keguguran tu, suami saya makin hari makin berubah. Kadang-kadang ada je yang tak kena di mata dia. Salah saya sikit je, terus dia marah, maki-maki saya. 

Saya cuba ajak dia slow talk. Saya tanya, saya ada buat salah ke? Tapi dia mengelak. Dia cakap saya yang terlalu overthinking, saya punya perangai macam budak-budak.

Dia suka bandingkan saya dengan isteri dia. Saya minta maaf walaupun kadang-kadang bukan salah saya.

Sampai la bulan lepas dia pergi bercuti dengan wife dia kat sabah. Dan masa tu saya tak sedar yang saya mengandung lagi.

Saya sedar selepas saya rasa perut saya sakit yang macam ada paku mencucuk-cucuk, sama seperti saya keguguran dulu.

Hati dah tawar

Saya call dia banyak kali tapi tak berjawab. Bila dia call semula saya, dia cakap “tolong jangan ganggu dia dengan family dia”.

Ayat tu saya ingat sampai sekarang. Saya order grab pergi klinik sendiri. Semua saya buat sendiri. Saya tak bagitahu dia yang saya keguguran lagi.

Dari situ saya mula sedar, dia tak pernah sayangkan saya. Mungkin dia berkahwin dengan saya atas dasar untuk bertanggungjawab je dulu.

Mungkin sebab tu dia berubah sikap dengan saya. Macam biasa selepas habis dia bercuti dengan wife dia, dia akan balik rumah saya.

Mungkin dulu saya akan gembira sambut dia balik, tapi kalini tak. Saya hanya sambut dengan senyuman tawar.

Saya tak ada niat nak kurang ajar tapi ayat dia cukup buat saya terluka. Saya layan dia macam biasa. Tapi tak ada lagi cerita panjang saya.

Dia ajak saya sembang saya, tapi apa yang dia cerita saya tak mencelah pun. Hanya jadi patung mendengar je setiap cerita dia.

Tapi dari mana datang nya semangat saya, saya minta dia lepaskan saya. Saya cakap saya dah tak nak jadi penggangu keluarga orang.

Saya cakap saya tak kan tuntut apa-apa daripada dia walau satu sen. Saya nak fokus dengan pelajaran saya. Saya minta dia lepaskan saya cara baik.

Dia terkejut. Dia tanya dah habis fikir ke, saya jawab ye. Dia suruh saya fikir semula. Saya jawab keputusan saya muktamad.

Dia minta untuk dia baiki semula. Dia minta maaf kalau dia tak mampu nak jadi adil. Saya hanya mampu tersenyum je.

Dan keputusan saya tetap muktamad. Sampai sekarang dia masih cuba pujuk saya lagi. Dia tak salah. Saya yang salah. Salah pilih tempat untuk menumpang kasih. 

Baca juga: Hampir 3 bulan cerai, Adira bagi ‘hint’ masih sukakan Datuk Red, siap cakap “nak kahwin dengan awak je”