Disebabkan terlalu banyak penyakit yang menyerang tidak kira usia tua atau muda, maka ramai mula untuk bersenam bagi menjaga kesihatan.
Begitu juga dengan pelakon Datin Lisa Surihani yang memilih untuk mula bersenam dan mengamalkan intermittent fasting (IF).
Menerusi siaran langsung di TikTok, Lisa sebolehnya tidak mahun menyusahkan anak di usia tua dan mahu menjalankan ibadah dengan tubuh badan sihat.
“Saya amalkan bersenam di gim sebanyak empat kali seminggu dan lakukan ‘intermittent fasting’ sejak sebulan lalu.
“Niat saya adalah untuk kekal sihat, bertenaga dan nanti apabila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak.
“Bila kita ada kekuatan, secara tidak langsung saya dapat jalankan ibadah dengan baik,” katanya menerusi video siaran langsung di TikTok.
Pada masa sama, kata-kata semangat yang diberikan rakan wanita di gimnasium menyebabkan dia berusaha sehabis baik.
“Saya bersyukur sebab di pusat gimnasium yang saya pergi ada ramai kawan baharu dan sangat memberikan sokongan kepada saya.
“Mereka juga selalu mengingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir.
“Jadi saya sangat kagum dengan perkara itu tapi bergantung juga pada jenis senaman,” luahnya.
Baca juga: Kerja dalam industri sejak usia 17 tahun, Siti Nurhaliza dedah tak pernah jejak disko