Kerja dalam industri sejak usia 17 tahun, Siti Nurhaliza dedah tak pernah jejak disko

Oleh MAISARAH AISYA

Sejak usia remaja sudah memasuki industri seni untuk mengasah bakat sebagai penyanyi, pastinya ada yang ingin mencari keseronokan.

Namun buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tak pernah terkilan tidak berseronok di kala usia muda demi kerjaya seninya.

Menerusi podcast bersama bersama anak tirinya, Ashraf Khalid, Siti mengakui masa remaja tidak sama seperti anak muda satu zaman dengannya.

“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Tiada masa nak melepak atau keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok.

“Pada usia 17 tahun saya terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti bekerja,” katanya dalam podcast tersebut.

Pada masa sama, Siti memaklumkan dia tidak menjejak kaki ke pusat hiburan atau disko malah mengakui tak merasa rugi sedikit pun.

“Pergi disko waktu remaja untuk berseronok memang tak pernah dalam hidup saya tapi tidak rasa bosan pun.

“Saya tak pernah rasa rugi tidak pernah menjejakkan kaki ke sana sebab jadual padat dengan kerja.

Dalam pada itu, Siti bersyukur dikurniakan orang sekeliling yang menjaganya malah menganggap jalan yang dipilih untuk menjadi penyanyi adalah satu tanggungjawab.

“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tiada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling.

“Tipulah kalau saya tiada rasa nak berehat tetapi ini jalan yang saya pilih dan memandangnya sebagai satu tanggungjawab. Jadi, tak boleh nak merungut.

“Jika teringat semula, itulah kesusahan dan pengorbanan yang buat saya boleh berada di keadaan sekarang,” tambahnya.

Baca juga: Teruja bakal terima menantu, Che Ta kongsi anak pilih wanita berhijab, keluarga pentingkan agama