Penduduk di sebuah kampung di Jawa Tengah, Indonesia kecoh apabila seorang wanita yang sedang hamil didakwa disorok oleh makhluk ghaib.
Cerita itu tersebar seluruh Indonesia sehingga mencetuskan kekecohan kerana wanita dikenali sebagai Eny Erwanti itu dikhabarkan hilang selama 24 jam selepas keluar dari rumah menjelang waktu Maghrib.
Bagaimanapun wanita itu berjaya ditemui dan ada kisah berlaku di sebalik kehilangannya.
“Penduduk kampung turut bersama-sama mencari Eny sebelum polis juga ikut serta.
“Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kejadian itu. Eny terasa hati kepada ibunya hingga dia nekad melarikan diri ke kawasan kebun,” menurut pemilik akaun @polreskudus di Instagram.
Usaha pencarian wanita itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia ditemui di masjid Pacikaran, yang terletak sejauh kira-kira enam kilometer dari rumahnya.
“Eny kelihatan murung seperti sedang tertekan. Kami mempertemukan semula wanita itu dengan keluarganya. Suami Eny dikatakan bekerja di Jakarta.
“Hasil pemeriksaan dilakukan jelas menunjukkan dia sebenarnya tidak disorok makhluk ghaib seperti didakwa penduduk desa,” jelas catatan di media sosial itu lagi.
Baca juga: Baru tahu daun durian belanda boleh legakan sakit pinggang dan buasir, ini cara penggunaannya