Ramai buat silap! Staff bank dedah transfer 1 sen tulis ‘scammer’ langsung tak berkesan

Oleh MALAYSIADATELINE

Tindakan memindahkan wang sebanyak 1 sen ke akaun yang disyaki digunakan scammer sambil meletakkan perkataan ‘scammer’ pada ruangan rujukan transaksi sebenarnya tidak memberi kesan kepada akaun berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial, Muhammad Khairul (@rul.zmi), yang mendakwa bekerja di bank dan menguruskan proses sekatan akaun setiap hari.

Menurutnya, akaun hanya boleh disekat jika terdapat laporan rasmi dibuat kepada pihak bank, bukannya melalui transaksi 1 sen yang dilakukan berulang kali.

“Kes macam ni, hubungi bank penerima dan maklumkan orang itu menyamar untuk scam orang. Confirm bank akan terus block (sekat).

“Kalau transfer 1 sen sampai seratus kali pun, akaun itu takkan kena block selagi tiada laporan dibuat,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yangmencadangkan supaya perkataan’KUTU’ digunakan pada ruangan rujukan transaksi.

Manakala yang lain menjelaskan tindakan tersebut hanya akan muncul dalam penyata bank dan tidak memberi kesan kepada status akaun.

Rata-rata netizen menegaskan bahawa langkah paling berkesan ialah membuat laporan rasmi kepada pihak bank dan polis supaya siasatan dapat dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil terhadap akaun yang terlibat.

Baca juga: Selepas 30 tahun, ini inti pati perjanjian kerjasama baharu Petronas dengan Turkmenistan