Tak lokek dengan orang bawahan, bilionair bawa 4,500 pekerja bercuti ke Vietnam

Oleh MAISARAH AISYA

Tanpa pekerja yang berdedikasi maka sukarlah untuk satu syarikat itu berfungsi dan berjaya memperoleh kejayaan.

Disebabkan itu, kerap dilihat majikan membawa pekerja bercuti sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas usaha keras mereka.

Begitu juga dengan seorang bilionair farmaseutikal India yang memilih utnuk membawa 4,400 pekerjanya bercuti ke Vietnam akhir bulan ini.

Menurutut portal berita tuoi tre news, kesemua pekerja tersebut akan dibawa melawat ke tiga kawasan di utara Vietnam.

Tempat terlibat adalah Hanoi, Wilayah Ninh Binh dan Teluk Ha Long di Wilayah Quang Ninh.

Tidak hanya itu, perjalanan tersebut ditaja oleh Sun Pharmaceutical Industries Limited.

Syarikat farmaseutikal multinasional itu berpangkalan di India dan diasaskan oleh Dilip Shangvi, salah seorang bilionair terkaya di negaranya.

Dilip juga akan menyertai jelajah itu dan menurut Forbes, nilai kekayaannya adalah $28.7 bilion dan merupakan orang ke-69 terkaya di dunia.

Kakitangan Sun Pharmaceutical akan tiba di Vietnam dalam satu siri kumpulan kecil antara 27 Ogos hingga 7 September depan.

Para pekerja ini juga akan mengikuti jadual perjalanan yang telah dirancang sebelumnya.

“Setiap kumpulan akan melawat Hanoi terlebih dahulu, diikuti oleh Ninh Binh dan Teluk Ha Long,” pengarah pemasaran agensi pelancongan Vietravel, Nguyen Nguyet Van Khanh.

Beliau berkata, para pekerja itu akan menikmati penginapan di hotel empat dan lima bintang di setiap destinasi.

Baca juga: Baru hari ini tahu Korea Utara dah 5 tahun tutup pintu pelancongan sejak Covid-19, rakyat dihalang balik