Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum seseorang jemaah ‘menghalau’ kanak-kanak untuk duduk di saf belakang ketika solat berjemaah.
Kata penceramah itu, jemaah tidak dibenarkan untuk menolak atau menyuruh kanak-kanak yang telah berada di saf hadapan di masjid untuk berada di saf belakang.
Namun katanya, jika orang dewasa datang bersama dengan kanak-kanak itu, maka diutamakan untuk orang dewasa berada di saf hadapan manakala mereka berada id saf belakang.
“Ini tidak, budak-budak ni datang awal pukul 6.30 petang dah sampai masjid untuk solat Maghrib. Kita ni pukul 7.15 masih gulung rokok daun. Datang-datang lewat suruh budak pergi saf belakang.
“Itu salah, kalau ada pak cik macam ni boleh tendang atas lehernya,” selorohnya dalam satu klip video ceramah di muat naik di YouTube baru-baru ini.
Pada masa sama Azhar Idrus berkata, menurut jumrul ulamak jika kanak-kanak itu datang awal daripada kita, maka kanak-kanak tersebut tidak boleh ditolak atau dipaksa untuk tunaikan solat berjemaah di saf belakang.
Baca juga: Cara cepat nak hapus rumput liar dalam masa dua hari, guna 3 bahan sahaja!