Wanita ubah suai nasi beriani jadi kek, suami sampai tersenyum lebar lihat makanan

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ni bukan semua orang suka makan kek apatah lagi harga terlalu mahal untuk dikongsi hanya untuk berdua.

Nak beli satu ‘slice’ nampak tak gah maka ramai mencari alternatif untuk menghiburkan pasangan di sambutan hari kelahiran mereka.

Buat seorang wanita di India, dia nekad menghadiahkan ‘kek beriani’ untuk meraikan ulang kelahiran suaminya lapor stesen penyiaran NDTV.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram @beautiful_jagatthu dan jelas menunjukkan reaksi suami yang tersenyum gembira.

Jelas terlihat kek itu diperbuat dengan nasi bahagian bawah dan dihiasi ayam goreng serta telur rebus dan satu label selamat hari lahir diletakkan di atas ‘kek beriani’ tersebut.

“Apabila suami lebih gemar beriani berbanding kek,” ujar kapsyen video tersebut.

Menerusi ruangan komen ketika disoal di mana dia membeli kek tersebut, wanit itu memaklumkan dia membuat ia sendiri di rumah.

Rakaman tersbeut meraih jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta dan ramai kagum dengan sikap isteri yang sanggup menyediakan ‘kek beriani’.

“Ia adalah pilihan yang baik, lebih baik daripada kek dengan perisa tiruan.

“Ini adalah jenis ‘kek’ yang saya mahukan untuk hari lahir saya akan datang.

“Bahagian yang paling sukar adalah, anda tidak mahu berkongsi ia dengan sesiapa seperti orang lain yang membahagi kek mereka,” antara komen pengguna Instagram.

Baca juga: Syamsul Yusof, Ira Kazar didakwa bakal bercerai, terkejut dengar respon Yusof Haslam