Ikan masin tahan sampai setahun? Tukang masak kongsi cara simpan yang betul

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan orang memilih untuk tak beli ikan masin sebab risau tak tahan lama, biasalah bukan setiap hari makan.

Tapi mesti ada orang nak beli dan simpan tapi tak tahu cara penyimpanan yang betul hingga akhirnya ikan masin pun jadi busuk.

Ikuti perkongsian tukang masak menerusi Facebook Rizal Kitchen tentang cara penyimpanan ikan masin biar tahan sampai setahun.

Pastikan perut ikan dibersihkan terlebih dahulu sebelum mengikuti tip di bawah ini.

Cara simpan ikan masin biar tahan dua bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan masin seekor (Ikan tenggiri digunakan dalam video di bawah)
  • Minyak masak

Cara-cara:

1. Beli sahaja ikan masin dan basuh ia terlebih dahulu hingga bersih.

2. Kemudian potong ia kepada saiz kecil, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal juga.

3. Cari bekas dengan penutup dan isikan kesemua potongan ikan tersebut.

4. Ambil minyak masak dan isikan hingga menutupi kesemua potongan ikan dan tutup dengan penutup, pastikan ia benar-benar ketat.

5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh diletakkan dimana-mana sahaja.

Mudah sahaja, tak perlu risau ikan masih rosak lagi!

Baca juga: Suami tak hirau diperli rakan sekerja sebab selalu cuti, jaga isteri sakit hingga akhir hayat