Bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh pernah menjadi pengadil Malaysia pertama dipilih untuk bertugas ketika Piala Dunia 2010.
Berkongsi mengenai pengalamannya yang terbang jauh ke Afrika Selatan ketika itu, Subkhiddin mendedahkan berapa bayaran yang diterimanya ketika bertugas pada Piala Dunia 2010.
Katanya, sistem pembayaran yang digunakan FIFA ketika itu merangkumi elaun harian sepanjang beliau berada di negara berkenaan.
“Untuk Piala Dunia 2010 tiada bayaran untuk setiap perlawan tapi kami menerima bayaran ‘lump sum’ keseluruhan dan elaun harian.
“Untuk elaun harian, dikira daripada bila kita ada di sana sampailah kita balik,” jelasnya memetik Gempak.
Subkhiddin berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sedi podcast Kampung Cast yang dikendalikan pempengaruh TikTok, Nasseb Ali atau lebih dikenali sebagai @refereekampung.
Ditanya mengenai jumlah bayaran yang diterima, Subkhiddin memberi gambaran bahawa ia begitu lumayan sehinggakan mampu untuk membina dua buah rumah.
“Untuk saya waktu itu bayarannya bolehlah nak buat (bina) dua buah rumah,” kongsinya.
Sekadar info, Subkhiddin menjadi pengadil Malaysia pertama yang berjaya menjadi salah seorang pengadil bagi mengadili perlawanan di temasya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Baca juga: Kecoh isu ‘sunshade’ boleh disaman, ini jawapan Menteri Pengangkutan