Che Ta tunjuk gambar selesai bayar cukai LHDN RM50,000

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan terus menjadi perhatian ramai selepas dia dikaitkan dengan isu gagal melunaskan pinjaman MARA.

Kali ini, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik pula perkongsian baru sahaja selesai membayar cukai RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam perkongsian di Instagram Story (IGs) semalam, dia memuat naik resit pembayaran dengan tanda pagar LHDN.

“Selesai pergi sudah tahun lepas punya. Bayar cukai ini memang sampai mati. #LHDN,” tulisnya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Rozita kemudian dikatakan sudah pun membayar hutang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM550,000 daripada hampir RM1 juta yang tertunggak.

Baca juga: “Kesian anak tak pernah dilayan baik dengan atuk nenek, hanya sebab kami bukan orang yang ada harta”