Selamba peluk Kak KM, Saiful Apek ditegur pendakwah

Oleh ROSLAN ZAMAN

Baru-baru ini tular video pelawak lagenda tanah air Saiful Apek dilihat bermesra dengan seorang usahawan terkenal Liana Rosli atau lebih dikenali dengan nama Kak KM. Pelawak itu dilihat selamba memegang dan memeluk pinggul usahawan wanita yang berstatus isteri orang itu.

Tindakan Saiful itu menjadi bualan hangat dikalangan netizen yang mengecam tindakan pelawak popular itu. Malah ada yang turut mendakwa penghijrahan pelawak itu hanya tinggal kenangan.

Hari ini, seorang pendakwah terkenal PU Syed tampil memberikan teguran dan nasihat kepada pelawak lagenda itu.

PU Syed berkata tindakan seperti itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh seseorang yang bukan mahram, walaupun dianggap seperti adik sendiri, tetap dilarang dalam Islam.

Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut adalah isteri orang. Jelasnya, perbuatan itu tidak dibenarkan walaupun sentuhan tersebut berlaku tanpa terkena kulit secara langsung.

Sentuhan sebegitu, apatah lagi dalam keadaan berpelukan dianggap tidak wajar dan melanggar batas agama.

saiful apek

“Teguran saya kepada Saiful Apek atau Abang Saiful agar berhati-hati, kata-kata abang Saiful memang mantap sekali. Bila mana kita memegang tubuh seorang wanita lebih-lebih lagi wanita tersebut isteri orang, ia tidak dibenarkan syarak.”

Menurutnya, seseorang itu perlu muhasabah diri dan menyedari bahawa ada perbuatan yang mungkin dilakukan tanpa sengaja tetapi tetap salah di sisi agama.

Baca: Ahmad Saiful lepas, bebas tuduhan salah guna dadah