Majoriti rakyat Malaysia mungkin kenal dengan sosok tubuh pelakon tamil terkenal dunia ini, Thalapathy Vijay atau lebih dikenali dengan nama Vijay.
Baru-baru ini bintang tamil itu membuat kejutan untuk umat islam di Chennai, India dengan menganjurkan majlis berbuka puasa besar-besaran di sana sempena dengan bulan ramadan. Tidak cukup dengan itu, Vijay turut menjemput 15 imam untuk menyertai acara itu.
Walaupun bukan beragama islam, binatang itu lengkap berpakaian serba putih dengan kopiah. Vijay atau nama sebenarnya Joseph Vijay Chandrasekhar, 51, turut menyertai solat maghrib sebelum berbuka puasa bersama khalayak yang hadir.
Beliau juga turut dilihat mengangkat tangan berdoa di majlis dibanjiri dengan 3,000 masyarakat yang hadir. Bintang itu dikatakan turut berpuasa penuh sebelum hadir berbuka bersama dengan masyarakat di situ.
Untuk rekod, Vijay sebelum ini sah bergelar ahli politik.
Baca: Syarikat anjur majlis buka puasa tapi pekerja kena bayar RM100 seorang