Mimik muka Donald Trump berubah apabila seorang wartawan wanita tidak sengaja menonyoh mikrofon ke muka Presiden Amerika Syarikat.
Akibat daripada tindakan wartawan itu, Donald Trump membuat jelingan tajam ke arah wanita itu ketika sidang akhbar di Maryland.
Sidang akhbar yang berkaitan dengan tebusan Hamas di semenanjung gaza itu menjadi tular di media sosial yang menerima pelbagai respon dari netizen.
Semasa sidang akhbar itu, mikrofon berbulu yang dipegang wartawan wanita tersebut mengenai mulut Trump sebelum ditarik semula untuk mengelakkan sentuhan berikutnya.
Trump kemudian menjeling ke arah wartawan tersebut dan mengangkat kedua-dua keningnya.
“Dia (wartawan) akan menjadi berita besar malam ini. Adakah anda nampak?” tanya Trump kepada wartawan lain sambil tersenyum sinis.
baca: Amerika Syarikat mahu ambil alih Gaza, pindahkan rakyat Palestin ke negara lain secara kekal