Kebiasaan sambutan hari lahir disambut dengan gah bersama ahli keluarga tersayang, namun ada juga terlalu sibuk bekerja hingga tidak sempat meraikan.
Buat pelakon serba boleh, Noorkhiriah tidak menyangka hadiah hari lahir daripada suaminya adalah diluar jangkaan.
Bukan biasa-biasa, tahun ini Noorkhiriah menerima set kain kafan ketika sedang melakukan penggambaran kongsinya menerusi Instagram.
“Saya tak tahu apa yang Allah nak bagi sebab benda (hadiah) yang dekat dengan kematian saya terima bersempena hari lahir tahun ini.
“Dekat tangan tu (kain kafan) tak ada poket, labuci atau seutas benang pun, saya hanya menumpang keberkatan hari Jumaat,” kongsinya di Instagram.
Pada masa sama Noorkhiriah meluahkan rasa terima kasih buat suami dengan hadiah yang meingatkannya kepada kematian.
“Di belakang tu rumah kekal abadi, berbekalkan kain kafan hadiah encik suami, lain macam hari lahir tahun ini.
“Terima Kasih Allah masih memanjangkan umur yang dah singkat ni untuk buat apa yang patut.
“Terima Kasih Mak, halalkan air susu dan terima kasih encik suami atas doa dan hadiah. Akhir sekali, tahniah sebab dah dekat dengan kematian,” ujarnya.
Baca juga: Bergelar jutawan di usia 35 tahun, Datuk Red kini tinggal di bilik sewa kecil tanpa tandas