Seorang pengguna Facebook mendedahkan bagaimana orang kaya menggunakan bank untuk menjadi lebih kaya, dan bagaimana orang miskin yang menggunakan bank pula jadi semakin miskin.
Individu bernama Abudi Alsagoff berkata banyak perbezaan antara orang kaya dan orang miskin di mana orang kaya menggunakan bank untuk membuat pinjaman dan menggandakan aset.
Manakala orang miskin pula menyimpan duit di dalam bank dan tunggu ia naik sendiri sebanyak 1 peratus.
Kami kongsikan tulisan individu berkenaan yang sehingga kini sudah meraih lebih 1,000 tanda suka di Facebook dan ratusan komen warganet.
1. Orang kaya guna bank untuk pinjam & gandakan aset. Orang miskin simpan duit, tunggu naik sendiri 1%.
2. Orang kaya beli hartanah guna pinjaman bank, lepas tu sewakan. Orang miskin beli rumah ikut emosi, duduk sendiri sampai 35 tahun bayar.
3. Orang kaya jadikan bank sebagai rakan perniagaan. Orang miskin takut berhutang, tapi tiap bulan guna kad kredit.
4. Orang kaya buat pembiayaan semula bila nilai rumah naik. Orang miskin tak tahu pun rumah boleh refinance.
5. Orang kaya tahu beza hutang baik dan hutang jahat. Orang miskin anggap semua hutang itu “jahat”.
6. Orang kaya pinjam modal dari bank untuk rolling perniagaan. Orang miskin guna pinjaman beli iPhone & motor besar.
7. Orang kaya letak duit dalam ASB Financing — dividen + leverage. Orang miskin simpan ASB manual, selepas itu guna untuk berbelanja semasa raya.
8. Orang kaya apply multiple business credit line, tapi tak guna semua. Orang miskin apply sebab nak keluarkan tunai cepat-cepat.
9. Orang kaya ambik MRTA untuk lindungi aset. Orang miskin tak tahu pun MRTA tu apa.
10. Orang kaya maintain CCRIS cantik supaya senang dapat pinjaman besar. Orang miskin buat hutang pinjaman peribadi, lepas itu lari dari bayar.
11. Orang kaya letak duit dalam FD under syarikat — faedah + jaminan. Orang miskin letak duit dalam akaun simpanan dapat 0.25%.
12. Orang kaya tahu game DSR & leverage. Orang miskin cuma tahu “eh, bank ni luluskan ke tak?”
13. Orang kaya beli aset bernilai & biar bank uruskan baki. Orang miskin beli benda yang susut nilai tiap bulan.
14. Orang kaya guna overdraft facility untuk cashflow emergency. Orang miskin pinjam Ahlong bila tersepit.
15. Orang kaya dapat jurubank peribadi bagi alert & peluang. Orang miskin tukar bank sebab marah kena charge RM10.
16. Orang kaya tahu beza Islamic & conventional facility. Orang miskin ikut je bank mana paling senang lulus.
17. Orang kaya gunakan pinjaman untuk untuk lindungi tunai. Orang miskin habiskan wang, kemudian ada hal kecemasan jual barang.
18. Orang kaya beli kereta bawah nama syarikat untuk tolak cukai. Orang miskin beli kereta mahal atas nama sendiri, lepas tu beban 9 tahun.
19. Orang kaya guna bank sebagai leverage naik ke tahap seterusnya. Orang miskin takut bank, pastu duduk stagnant seumur hidup.
20. Orang kaya guna bank untuk jadi banker. Orang miskin jadi mangsa bank, bayar faedah sampai mati.
Bank bukan musuh. Bank tu alat. Yang bezakan, cara kau guna. Kau nak jadi player — atau terus jadi mangsa sistem? Pilih sekarang.
Baca juga: Akhirnya Papagomo mengalah, mohon maaf kepada Ketua Polis Negara