Jemaah haji perlu isytihar barang, wang tunai jika lebih RM69k

Oleh MALAYSIADATELINE

Selalunya orang tidak akan bawa berharga semasa melakukan ibadah haji, selalunya akan lebih tertumpu akan ibadah.

Namun ada juga membawa pelbagai jenis barangan termasuklah wang tunai semasa melakukan ibadah haji.

Disebabkan itu, jemaah haji yang membawa wang tunai atau barang berharga bernilai lebih 60,000 riyal (RM69,000) perlu mengisytiharkannya apabila masuk dan keluar dari Arab Saudi.

Menurut portal berita Gulf News, arahan yang diumum oleh Kementerian Haji dan Umrah adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk menguatkuasakan peraturan kastam.

Pada masa sama, Kementerian tersbeut menegaskan bahawa peraturan itu bukan sahaja untuk mata wang tunai tapi juga logam berharga seperti jongkong emas.

Pengisytiharan kastam dilihat sebagai satu cara untuk melindungi hak jemaah haji selain menunjukkan pematuhan terhadap sistem kewangan dan undang-undang Arab Saudi.

Bagi mereka yang gagal memauhi peraturan tersebut bakal berdepan kelewatan masuk dan keluar dari negara tersebut, denda atau berdepan tindakan undang-undang.

“Panduan ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran berterusan kami untuk membantu jemaah haji merdapatkan perjalanan haji yang selamat, lancar dan sah,” kata Kementerian tersebut.

Baca juga: Nur Nilam rela tahan sakit buang silikon di hidung, rancang hapus tatu untuk bertaubat