Meskipun banyak mulut yang cuba melagakan dan mengulas isu pasangan selebriti yang baru bercerai, namun ia sama sekali tidak memberi impak negatif buat tuan badan.
Terkejut dengan dakwaan bekas isteri yang juga pelakon, Fazura, pelakon Fattah Amin enggan mengulas isu saman dan menganggap ia sebagai hal peribadi.
Bagaimanapun Fattah meluah rasa simpati akan masalah yang dihadapi Fazura selepas mengetahui jumlahnya mencecah RM4.65 juta lapor Kosmo! Online.
“Saya pun sebenarnya tidak berani komen fasal itu.
“Tetapi, kita sebagai seorang yang pernah mendengar tentang perkara itu, semestinya kita akan rasa bersimpati,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Meskipun sudah tidak bersama, Fattah menitipkan doa buat mereka yang terlibat dan tidak menganggap Fazura sebagai orang luar kerana wanita tu selamanya ibu kepada anaknya.
“Kita doa yang terbaiklah sebab saya pun tidak boleh komen apa-apa pasal itu kerana itu masalah peribadinya.
“Dia pun bukan orang lain, ibu kepada anak saya juga. Kita pun tidak tahu bila kita akan diuji dan sebagainya,” tambahnya.
Fazura bagaimanapun hingga kini tidak mengulas atau mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan hutang yang dilapor pihak media.
Baca juga: Guru terhibur murid bagi hadiah dompet berisi duit dan kad bank ibu