Sering muncul dengan ‘content’ bersama isteri sejak zaman bercinta lagi, ramai tak menyangka pempegaruh media sosial ini sudah sah bercerai pada Januari lalu.
Dilihat kandungan di media sosial dipenuhi wanita yang bukan isterinya hingga menimbulkan spekulasi, akhirnya pempengaruh Chazynash tampil menjelaskan hal sebenar.
Menerusi hantaran di Instagram, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah membuat kenyataan rasmi mengenai status perkahwinan bersama isterinya, Fatin.
“Memandangkan cerita semakin meleret dan menimbulkan pelbagai spekulasi, kami terpaksa bersuara agar tak timbul lagi tanda tanya atau salah faham.
Sebenarnya, kami berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan. Biar hanya yang tahu, tahu.
“Namun, untuk mengelakkan jadi makin melalut, kami ingin maklumkan bahawa kami telah berpisah secara baik (bercerai) pada 23 Januari 2025.
“Jodoh kami tidak panjang dan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, dia memaklumkan hubungan dengan Fatin masih baik disebabkan ada anak-anak dan masih berhubung.
“Walaupun sudah berpisah, hubungan kami masih baik demi anak-anak. Saya masih menjaga mereka seperti biasa, cuma kami tak tinggal sebumbung.
“Kami masih berhubung dan berjumpa jika perlu. Tiada sebarang pertengkaran atau perebutan hak jagaan. Kami urus semuanya dengan baik.
“Jadi, saya dan Fatin mohon jasa baik semua untuk hentikan penyebaran cerita dan spekulasi yang entah apa-apa.
“Ada yang sampai cakap saya ni ada kena mengena dengan kes CEO Batu. Cukuplah, hormatilah privasi kami,” kongsinya.
Baca juga: Pemuda Malaysia sanggup berhijrah jadi tukang cuci di Singapura