Dilihat kini semakin banyak orang yang memburukkan pasangan masing-masing di media sosial terutamanya selepas bercerai.
Perkara ini juga tidak disenangi oleh pelakon Emma Maembong yang melihat situasi tersebut mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan mental anak-anak lapor Kosmo! Online.
Umum tahu Emma dan bekas suami Muhammad Shazli Azhar hanya mengumumkan penceraian mereka selapas habis dia habis idah namun tidak mendedahkan punca mereka berpisah.
“Saya tak suka tengok suami isteri buka aib satu sama lain dalam media sosial. Apabila besar anak-anak buat carian dalam internet, tidak bagus untuk mental mereka.
“Kadang-kadang kita tak tahu pun anak-anak kena bahan atau diejek di sekolah. Kita rasa buat yang terbaik nak selamatkan anak dari ibu atau bapa tak berguna tetapi kasihan anak.
“Anak-anak nampak bapa sebagai superhero manakala ibunya superwoman. Saya kurang suka orang bergaduh dalam media sosial,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama Emma tidak gemar akan pasangan yang bergaduh untuk mendapatkan hak anak.
“Anak-anak perlukan ibu bapa. Saya pantang dengar orang bergaduh nak ambil hak anak dengan alasan ‘bapa tak bagus’, tak boleh cakap begitu.
“Bagi anak, dia hero. Bapanya adalah segala-gala buat mereka, kadang-kadang manusia buat sebab ego dan nafsu.
“Bila bergaduh, hak anak dapat tiba-tiba minta pengasuh atau mak yang jagakan budak-budak,” jelasnya lagi.
Meskipun sudah berpisah, Emma memaklumkan dia dan Shazli bekerjasama untuk menjaga dua anak lelaki mereka.
Jika Emma sibuk berlakon maka bekas suaminya yang akan menjaga anak dan jika sebaliknya dia pula akan menjaga anak-anak.
Baca juga: Bukan dadah! Rupanya ini barang dibawa Yassin hingga jadi punca ditahan di Jeddah