Senang betul nak cari duit secara haram, peras ugut orang sahaja untuk dapat wang dalam masa yang singkat.
Tulat baru-baru ini mengenai kes seorang pemilik kedia emas di Tumpat diculik pada 20 Mei lalu sebelum dibebaskan pada hari sama.
Mangsa mendakwa dirinya dipaksa membayar wang perlindungan selama dua tahun serta diperas ugut kumpulan penculik berkenaan lapor Berita Harian.
Disebabkan penat akan desakan, mangsa yang berusia 44 tahun akhirnya membuat laporan polis dan ini menyebabkan suspek tak berpuas dan bertindak menculik mangsa.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan mangsa tidak membuat laporan polis sebelum itu kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.
“Suspek sebelum itu meminta mangsa menyerahkan emas sebanyak 80 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM35 juta.
“Bagaimanapun, mangsa tidak menyerahkan emas diminta sebelum dia diculik,” katanya seperti dipetik Berita harian.
Dalam masa sama, penculikan itu dibuat kerana suspek mahu mendapatkan wang lagi daripada mangsa.
Mohd Yusoff berkongsi bahawa dua daripada suspek sudah dikenal pasti berasal dari Tumpat dan dua suspek lagi masih belum dikesan.
“Kita akan mengedarkan fotofit suspek berkenaan hari ini dan percaya mereka masih berada di negeri ini.
“Kita akan masukkan mereka sebagai individu dikehendaki pihak polis,” katanya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 365 kerana menculik dengan niat mengurung seseorang secara salah dan sulit.
Baca juga: Terkejut tahu 5 produk Malaysia ini pernah kena ‘claim’ oleh Indonesia