Semalam peminat kelab bola sepak Manchester United di Malaysia dikejutkan dengan pemain bintang kelab itu yang menunjukkan jari tengah.
Pemain Amad Diallo ketika berjalan keluar dari stadium Bukit Jalil selepas tewas 0-1 kepada All Asean tiba-tiba sahaja menunjukkan jarinya. Video pemain itu tular selepas itu di media sosial.
Namun menurut Amad, dia tidak menyesal dengan tindakkannya selepas ada yang menghina ibunya ketika itu.
“Saya menghormati orang lain kecuali mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya memberikan respon seperti itu, namun saya tidak menyesal di atas tindakan saya,” tulis Amad Diallo di X.
I have respect for people but not for the one who insults my mom…
I shouldn't have reacted like that but I don't regret what I did.🤞🏾
We had a great time in Malaysia with good people😄❤️ pic.twitter.com/9d1WeCTMTd
— Amad (@Amaddiallo_19) May 29, 2025
Namun respon daripada peminat kelab yang berada dikedudukan ke 13 liga perdana inggeris itu nyata mengecewakan.
“Tak ada pun dengar orang membuat sebarang penghinaan ke atas keluarga dia.
“Yang saya dengar peminat cuma melaungkan Amad, Amad, Amad kemudian Diallo, Diallo, Diallo,” tulis seorang peminat yang kecewa dengan tuduhan Amad Diallo.
Kelmarin, perlawanan Manchester United dan All Star Asean berakhir dengan kekalakah MU dengan keputusan 0-1. Perlawanan itu dihadiri oleh perdana menteri Malaysia yang juga peminat kelab itu sejak sekian lama.
baca: Rakyat Malaysia bangga Manchester United kirim ucapan buat mangsa banjir dalam Bahasa Melayu