Biasalah dalam satu kumpulan pastinya ada satu anggota menjadi kegilaan peminat, biasanya mereka dengan personaliti yang menonjol.
Kembali menjadi fenemona, kumpulan KRU yang dianggotai tiga beradik kembali meraih perhatian peminat selepas menjayakan Konsert GenKRU di Axiata Arena Bukit Jalil.
Kumpulan yang dianggotai Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim ini masih mampu menarik peminat dengan lagu-lagu lama yang masih popular.
Sejak awal lagi Yusry menjadi perhatian ramai disebabkan rupanya yang kacak serta aktif berlakon maka tak terkejut jika dia mempunyai ramai peminat.
Buat Norman, dia mengakui populariti Yusry jika dibandingkan dirinya dan Edry adalah berbeza lapor Harian Metro.
“Dalam KRU, Yusry paling ramai peminat di kalangan wanita yang ‘crush’ pada dia. Manakala saya dan Edry, biasa saja. Kami ada peminat, tapi tidaklah seramai Yusry.
“Tapi, saya sedikit pun tak pernah rasa cemburu dengan Yusry sebab dia paling ramai peminat sampai sekarang.
“Kalau Edry pun macam Yusry punya ramai peminat, saya tetap okay sebab kami, KRU. Bagi saya, sebagai abang tiada sebab nak cemburu pada adik-beradik.
“Lagi pula, dalam KRU memang Yusry adalah penyanyi utama kami dan vokal dia (Yusry) bila nyanyi pun sedap,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Memegang posisi sebagai rapper dalam kumpulan, Normal berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong KRU.
“Dalam KRU, saya bukan penyanyi tapi ‘rapper’ dan memang saya suka pun. Sebab nak ‘rap’ dalam lagu-lagu KRU itu sangat kena dengan jiwa saya.
“Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua peminat KRU kerana masih setia menyokong kami dalam tempoh 33 tahun ini sejak KRU ditubuhkan pada 1990-an dulu,” katanya.
Baca juga: Ibu minta maaf dekat anak, ‘hanya mampu’ habiskan RM1 juta untuk sambutan hari jadi