Pelakon, Ayda Jebat memuji sikap rakan artis iaitu Hun Haqeem yang tidak meninggalkan solat walaupun kini sibuk di lokasi penggambaran sebuah drama rantaian baharu.
Ayda yang juga merupakan penyanyi itu meluahkan rasa kagum menerusi satu hantaran di Instagram Story di atas keperibadian Hun yang menjaga ibadah sebagai seorang lelaki Muslim meskipun sibuk bekerja.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu turut memuat naik sekeping gambar memperlihatkan pemilik nama sebenar Haqeem Hermy berkenaan sedang mendirikan solat di lokasi penggambaran.
Pelantun suara untuk lagu Pencuri Hati itu juga seakan-akan ‘mempromosikan’ Hun Haqeen dengan meminta sesiapa yang berminat untuk menghantar pesanan secara terus (DM) kepada pelakon terbabit.
“Kepada siapa yang berminat, sila DM Hun Haqeem. Baik (orangnya), solat tak tinggal. Kadang-kadang itu kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan. Masih solo katanya,” tulis Ayda dalam perkongsian tersebut.
Sekadar info, Hun Haqeem mula meraih populariti ramai menerusi lakonannya di dalam drama ‘Cari Aku Di Syurga’ sebelum mencetus fenomena dengan watak Jaafar atau ‘Jakfer’ melalui karya komedi ‘Kampung People’.
Difahamkan, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat bersama Hun Haqeem kini sedang terlibat dengan penggambaran drama rantaian baharu arahan pengarah terkenal iaitu Osman Ali.
Karya berjudul ‘Mandul Bukan Pilihan’ yang memulakan penggambaran di bulan lalu itu turut menggabungkan pelakon lain termasuk Mira Filzah, Keanu Azman, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Drama tersebut dijangka bakal ditayangkan menerusi slot drama bersiri berbahasa Melayu iaitu MegaDrama di salah sebuah stesen televisyen swasta tempatan.
Baca juga: “Sampai sekarang Yusry ramai peminat” – Norman tak cemburu, malah bangga KRU masih diminati