Anak kerap tayang hidup mewah, PM Mongolia letak jawatan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletakkan jawatan pada Selasa susulan tekanan berterusan daripada siri protes antirasuah yang berlangsung selama beberapa minggu, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan akhbar “Financial Times”.

Menurut laporan itu, Oyun-Erdene gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Selasa apabila hanya memperoleh 44 undi daripada 64 yang diperlukan.

Jumlah tersebut tidak mencapai nilai minimum iaitu 64 undi diperlukan daripada 126 kerusi.

Sejak berminggu minggu yang lepas, kemarahan rakyat terhadap dakwaan berkaitan kemewahan keluarga Oyun-Erdene, terutama anak beliau yang gemar mempamerkan gaya hidup dan barangan berjenama mewah miliknya di media sosial, sekali gus mencetuskan gelombang bantahan di ibu kota Ulaanbaatar.

Oyun-Erdene akur dengan keputusan tersebut dan sempat mengucapkan penghargaan atas kepercayaan yang diberi terhadap khidmatnya.

“Satu penghormatan untuk saya berkhidmat kepada negara dalam masa sukar termasuk sewaktu pandemik Covid-19, perang dan tekanan tarif,” katanya.

Baca: Selatan korea rakyat malaysia