Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuatkuasa serta merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri sebentar tadi.
Katanya, jemaah menteri yang bersidang pada 25 Jun yang lalu sebulat suara bersetuju melantik Amir menjalankan tugas sebagai Menteri Ekonomi.
Kata Shamsul lagi, tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia yang -13 yang akan dibentangkan di parlimen pada 31 Julai ini.
Sebelum ini, jawatan menteri ekonomi kosong selepas Rafizi Ramli bertindak meletak jawatan selepas kalah pertandingan pemilihan PKR pada Mei yang lalu.
Baca: merpati rafizi