Satu komen di platform Facebook menarik perhatian ramai apabila seorang pengusaha kereta sewa berkongsi taktik paling berkesan untuk ‘mengajar’ penyewa kereta yang enggan pulangkan kenderaan tepat waktu.
Pengguna itu berkongsi pengalaman suaminya yang menjalankan perniagaan kereta sewa dan bagaimana mereka menangani penyewa yang enggan memulangkan kereta atau gagal membayar sewa tepat pada masanya.
“Suami buat kereta sewa sebelum ini. Kalau orang pelik-pelik atau tak hantar pulang ke atau tak bayar, tapi kereta masih gerak ke sana ke sini, suami matikan kereta itu guna direct message.
“Baru terkapai-kapai orang tu nak WhatsApp dan telefon kata kereta tak boleh hidup,” tulisnya disertai emoji gelak.
Perkongsian pendek itu mendapat perhatian netizen yang ingin tahu sistem apa digunakan individu itu.
Seorang pengguna bernama Muhammad bertanya: “Guna sistem apa boleh matikan kereta, nak buat juga untuk keselamatan.”
Soalan itu kemudiannya dijawab oleh individu lain yang turut terlibat dalam perniagaan kereta sewa. Dia berkongsi kaedah menggunakan alat penjejak GPS yang dilengkapi fungsi mematikan enjin secara automatik.
“Guna GPS tracker yang ada fungsi cut-off enjin. Saya pun buat perkhidmatan kereta sewa. Yang jenis sewa kereta dah habis tarikh sewa tapi tak maklum, tak angkat call dan tak balas mesej memang saya akan matikan enjin terus,” ujarnya.
Taktik itu turut disokong individu lain yang berkata: “Ini kaedah terbaik. Itu makan dia. Baru ada akal”.
Baca juga: TNB jelas isu bil elektrik bulan Julai naik mencanak, graf tak tepat kerana masalah teknikal