Tidak dinafikan, tawaran sebagai duta produk memberi keuntungan besar kepada selebriti, ada yang dibayar sehingga jutaan ringgit bagi satu kempen.
Namun setiap tawaran pastinya datang dengan syarat dan ada kalanya ia bercanggah dengan prinsip yang dipegang sesetengah individu.
Buat penyanyi Shila Amzah yang lama berkecimpung dalam industri seni di China mendakwa dirinya pernah menerima tawaran menjadi duta satu produk syampu.
Dalam temubual bersama segmen radio tempatan, Suria FM, Shila mendedahkan dia menerima tawaran sebanyak 10 juta yuan (RM6 juta) untuk menjadi duta.
“Masa saya dekat sana (China), saya sepatutnya mendapat satu iklan syampu rambut ni, masa tu saya fikir eh macam mana ni sebab saya pakai tudung.
“Dia tawarkan kepada saya, mereka nak saya sebagai duta dan akan bagi saya 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat buka tudung.
“Saya memang terus tolak sahajalah, tak perlu fikir pun,” kongsinya dalam segmen pagi Suria FM.
Jelas Shila, jika dibandingkan dengan penyanyi, pelakon di sana lebih kaya, satu episod sahaja boleh mencecah jutaan ringgit.
Baca juga: Aliff Syukri mengamuk rumah kena ceroboh, syak dijadikan sarang pelacur dan penagih dadah
saya mena terus tolaj sahalah , tak perlu fikir pun.